Saturday, 10 December 2011

Kampung Kuala Medang merupakan salah satu kampung di Mukim Ulu Jelai dan terletak sejauh 51 kilometer dari bandar Kuala Lipis dan 56 kilometer dari bandar Raub.


Ia boleh dihubungi dengan jalinan jalanraya utama sama ada dari Kuala Lipis mahupun Raub.

Kuala Medang merupakan sebuah kampung tradisional yang terletak di kawasan pedalaman, jauh dari pusat bandar di mana perjalanannya akan melalui sungai, jeram-jeram dan kehijauan pokok bakau.

Majoriti penduduk kampung bekerja sebagai petani dan mereka sangat mesra dan ramah.

Homestay Kuala Medang menawarkan tempat penginapan yang unik untuk para pelancong yang mengimpikan pengalaman yang berbeza.

Penginapan yang disediakan di sini adalah sangat selesa, murah dan lengkap dengan pakej menarik.

Antara aktiviti yang ditawarkan seperti persembahan dan aktiviti kebudayaan masyarakat melayu dan orang asli, permainan tradisional, masakan tradisional dan kenduri.



Selain itu juga aktiviti berakit dan berkayak di Jeram Changkah Pasir dan Air Terjun Jeram Tema, demonstrasi membuat kraftangan, pengalaman hidup sebagai penoreh getah, penuai kelapa sawit dan relai padi, melawat kampung tradisi, meneroka gua, mempelajari permainan tradisional seperti gasing dan sebagainya.

Homestay Kuala Medang menawarkan pakej yang menarik dan lengkap untuk mempelajari budaya Melayu dan orang asli

No comments:

Post a Comment